Thursday, June 1, 2017

Kuih Bakar Pandan

Mak Aiyu suka sangat makan kuih bakar. Setahun Mak Aiyu melantak kuih bakar on the way balik kampung. Almost every week lah jugak. As a result, darah Mak Aiyu terlebih manis. Xpelah. Salah Mak Aiyu jugak. Tapi bulan pose ni, Mak Aiyu nak jugak makan. At least, buat sendiri kita boleh kawal jumlah gula dalam kuih. (Alasan je tu 😅). Cari punya cari, Mak Aiyu jumpa resipi dari Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih ye. Terubat rindu nak makan kuih bakar. Resepi ada yg Mak Aiyu ubah sikit. Ikut apa yang Mak Aiyu ada di dapur.

Kuih Bakar
( kredit Dapur Tanpa Sempadan)

2 cawan tepung gandum
3 biji telur
600 ml santan
300 ml air pandan
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar marjerin (cairkan)
Sedikit perisa pandan (Mak Aiyu guna brand koepoe-koepoe)
Bijan untuk hiasan

Cara-cara

Pukul telur dgn gula sehingga sebati (agak-agak hancur gula tu).
Masukkan tepung gandum. Kacau sebati hingga tidak berketul. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati. Masukkan air pandan dan perisa pandan. Kacau rata. Masukkan marjerin cair.
Mak Aiyu guna acuan muffin. Letakkan sedikit minyak di dalam acuan. Panaskan dalam oven. Oven Mak Aiyu jenama khind. Suhu Mak Aiyu letak 210°c. Panaskan dlm 5 minit. Tuang adunan dlm acuan yang telah dipanaskan. Tabur bijan. Bakar selama 40 minit sehingga tepi kuih nampak garing.

*adik Mak Aiyu telan 6 ketul untuk Iftar tadi.



Ni lah kejadiannya semasa bakar. Kembang kuih bakar Mak Aiyu.




Ni lah hasilnya. Adunan ni boleh menghasilkan 36 ketul. Puas jugaklah makan.

Kuih Cara Berlauk

This year Mak Aiyu terlebih rajin. Everyday for Iftar, surely Mak Aiyu will make 'kuih'. Mak Aiyu loves kuih so much. Thinking of buying at Param would be easier. But, as Mak Aiyu grows older, Mak Aiyu gets fussier. So, Mak Aiyu decides to make simple kuih for Iftar. So, apalagi, here goes...

Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
2 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:
Kacau santan, telur, gula dan garam sehingga sebati. Masukkan tepung dan kacau sebati. Masukkan serbuk kunyit serta air sedikit-sedikit dan kacau sehingga tidak berketul-ketul.

Bahan-bahan untuk inti

250 gm isi ayam (cincang halus)
1 biji bawang besar (cincang halus)
5 ulas bawang putih ( cincang halus)
1/2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu besar rempah biryani
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bawang besar, bawang putih sehingga layu. Masukkan rempah biryani dan kari. Gaul rata. Masukkan sedikit air. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan isi ayam. Kacau rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Pastikan inti dimasak sehingga kering.

Bagaimana hendak men'cara':

Terpulang pada masing-masing nak guna acuan cermai atau acuan elektrik. Mak Long guna acuan elektrik. Tuang adunan cara ke dalam acuan. Pastikan tepi kuih bertukar warna sedikit dan masukkan inti. Hias dengan hirisan cili. Tutup acuan dan pastikan kuih betul-betul masak.

Apalagi... Jom makan!!!


Ni rupa acuan elektrik Mak Aiyu. Senang. Xyah jaga api.


Tadaaaa! Dah boleh makan untuk iftar.

Mak Aiyu aka Mak Long is back!

It has been a very loooooong time. Almost 7 years Mak Aiyu remain silent. Hmmm... Was Mak Aiyu too busy? Mak Aiyu also can't recall what happened. Well, now Mak Aiyu is back with more stories, events and recipes to share. Mak Aiyu hope everything that Mak Aiyu shares will be beneficial to all readers. What's more? Let's check out Mak Aiyu new recipes. 😀