Thursday, June 1, 2017

Kuih Bakar Pandan

Mak Aiyu suka sangat makan kuih bakar. Setahun Mak Aiyu melantak kuih bakar on the way balik kampung. Almost every week lah jugak. As a result, darah Mak Aiyu terlebih manis. Xpelah. Salah Mak Aiyu jugak. Tapi bulan pose ni, Mak Aiyu nak jugak makan. At least, buat sendiri kita boleh kawal jumlah gula dalam kuih. (Alasan je tu 😅). Cari punya cari, Mak Aiyu jumpa resipi dari Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih ye. Terubat rindu nak makan kuih bakar. Resepi ada yg Mak Aiyu ubah sikit. Ikut apa yang Mak Aiyu ada di dapur.

Kuih Bakar
( kredit Dapur Tanpa Sempadan)

2 cawan tepung gandum
3 biji telur
600 ml santan
300 ml air pandan
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar marjerin (cairkan)
Sedikit perisa pandan (Mak Aiyu guna brand koepoe-koepoe)
Bijan untuk hiasan

Cara-cara

Pukul telur dgn gula sehingga sebati (agak-agak hancur gula tu).
Masukkan tepung gandum. Kacau sebati hingga tidak berketul. Masukkan santan dan garam. Kacau sebati. Masukkan air pandan dan perisa pandan. Kacau rata. Masukkan marjerin cair.
Mak Aiyu guna acuan muffin. Letakkan sedikit minyak di dalam acuan. Panaskan dalam oven. Oven Mak Aiyu jenama khind. Suhu Mak Aiyu letak 210°c. Panaskan dlm 5 minit. Tuang adunan dlm acuan yang telah dipanaskan. Tabur bijan. Bakar selama 40 minit sehingga tepi kuih nampak garing.

*adik Mak Aiyu telan 6 ketul untuk Iftar tadi.



Ni lah kejadiannya semasa bakar. Kembang kuih bakar Mak Aiyu.




Ni lah hasilnya. Adunan ni boleh menghasilkan 36 ketul. Puas jugaklah makan.

No comments:

Post a Comment